- JBS Sarawak
- Hits: 24
SESI TAKLIMAT KELEWATAN PEMBAYARAN BIL 7 HARI AGENSI DI BAWAH KBS JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SARAWAK
- JBS Sarawak
- Hits: 24
Disediakan oleh: ABG, JBSN Sarawak
SRI AMAN, 22 September 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman telah mengikuti taklimat secara dalam talian berkenaan Kelewatan Pembayaran Bil 7 Hari agensi di bawah KBS, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak yang disampaikan oleh Encik Eric Ho Zakaria Abdullah daripada Unit Kewangan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Taklimat ini adalah bertujuan meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kewangan, memastikan kelancaran aliran tunai kepada vendor, pembekal dan pegawai serta mencapai sasaran petunjuk prestasi utama (KPI) PTJ Kementerian Belia dan Sukan yang terbaru iaitu memastikan semua bayaran diselesaikan dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh dokumen yang lengkap dan sempurna diterima.
Sesi ini juga memberi peluang kepada semua PTJ di bawah seliaan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak berkongsi maklumat dan pendapat bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang cemerlang dan mencapai sasaran KPI yang telah ditetapkan.
Taklimat ini dihadiri oleh Encik Abang Syamsulzainuri bin Abang Sapini, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman bersama Puan Julia binti Julaihi, Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi).
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman
