- JBS Sarawak
- Hits: 20
Sijil Pendaftaran Kelab Rakan Muda Igan Diserahkan
- JBS Sarawak
- Hits: 20
Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 21 SEPTEMBER 2026 – Satu sesi penyampaian Sijil Pendaftaran Kelab Rakan Muda Igan kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) kelab berkenaan telah diadakan di Kem Belia Mukah pada 20 September 2026. Sijil pendaftaran tersebut telah disampaikan oleh Encik Bonnie Manau Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah, kepada AJK Kelab Rakan Muda Igan.
Majlis penyampaian berkenaan turut disaksikan oleh Yang Berhormat Tuan Royston Valentine, ADUN N.57 Tellian, yang hadir bagi memberikan sokongan terhadap usaha pembangunan dan penglibatan belia di kawasan Igan. Penubuhan Kelab Rakan Muda Tanjung Manis merupakan satu langkah positif dalam menyediakan platform kepada golongan belia untuk bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti pembangunan belia. Melalui penubuhan kelab ini, para belia di Igan diharap dapat meningkatkan penglibatan dalam aktiviti yang sihat dan produktif, selain membina kemahiran kepimpinan, kerjasama serta semangat kesukarelawanan.
Pendaftaran kelab ini juga membuka ruang kepada AJK untuk merancang dan melaksanakan pelbagai program yang memberi manfaat kepada golongan belia serta komuniti setempat. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah berharap Kelab Rakan Muda Igan dapat terus aktif dan menjadi platform yang mampu menggalakkan lebih ramai belia untuk melibatkan diri dalam program pembangunan belia.
