Sijil Pendaftaran Kelab Belia Kampung Medong Diserahkan, Perkukuh Peranan Belia di Mukah

Sijil Pendaftaran Kelab Belia Kampung Medong Diserahkan, Perkukuh Peranan Belia di Mukah

Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 21 SEPTEMBER 2026 - Satu sesi penyampaian Sijil Pendaftaran Kelab Belia Kampung Medong kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) Kelab Belia Kampung Medong telah diadakan di Kem Belia Mukah pada 19 September 2026. Sijil pendaftaran tersebut telah disampaikan oleh Encik Mohammad Arbi Rosli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, kepada wakil AJK Kelab Belia Kampung Medong sebagai simbolik pengiktirafan terhadap penubuhan dan pendaftaran kelab berkenaan.

Penubuhan Kelab Belia Kampung Medong merupakan satu langkah positif dalam menyediakan wadah kepada golongan belia setempat untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang bermanfaat, khususnya dalam bidang pembangunan belia, sukan, rekreasi, kesukarelawanan dan kemasyarakatan. Dalam sesi tersebut, pihak kelab turut digalakkan untuk merancang serta melaksanakan program yang dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat, di samping meningkatkan penglibatan belia dalam aktiviti yang sihat dan produktif.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search