Sijil Pendaftaran Kelab Rakan Muda Tanjung Manis Diserahkan

Sijil Pendaftaran Kelab Rakan Muda Tanjung Manis Diserahkan

Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 21 SEPTEMBER 2026  – Sijil pendaftaran Kelab Rakan Muda Tanjung Manis telah disampaikan oleh Encik Mohammad Arbi Rosli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah kepada AJK Kelab Rakan Muda Tanjung Manis sebagai pengiktirafan terhadap penubuhan dan pendaftaran kelab berkenaan.

Penubuhan kelab ini diharap mampu memainkan peranan yang lebih aktif dalam merancang serta melaksanakan program yang memberi manfaat kepada komuniti setempat, terutama golongan belia di samping membina kemahiran kepimpinan, kerjasama berpasukan dan kesukarelawanan.

Penyampaian sijil tersebut turut menjadi dorongan kepada AJK Kelab Rakan Muda Tanjung Manis untuk terus bergerak aktif serta mewujudkan lebih banyak peluang penglibatan belia dalam aktiviti yang sihat, positif dan produktif. Kerjasama erat antara kelab belia dengan Pejabat Belia dan Sukan juga diharap dapat diperkukuhkan dari semasa ke semasa bagi menyokong usaha pembangunan potensi dan kepimpinan belia di kawasan Tanjung Manis.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search