PROGRAM PENGURUSAN ORGANISASI (PPO) PERINGKAT BAHAGIAN SRI AMAN TAHUN 2026

Disediakan oleh: SD, JBSN Sarawak

SRI AMAN, 20 September 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman telah menganjurkan Program Pengurusan Organisasi (PPO) Peringkat Bahagian Sri Aman Tahun 2026 bermula 18 hingga 20 September 2026 di Dewan Suarah Sri Aman.

Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam pengurusan organisasi, kepimpinan, perancangan serta pengendalian aktiviti secara lebih sistematik dan berkesan. Selain memperkukuh keupayaan peserta sebagai penggerak organisasi, program ini turut menekankan aspek kerjasama berpasukan, komunikasi, tanggungjawab dan tadbir urus organisasi.

Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Encik Abang Syamsulzainuri bin Abang Sapini, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman. Program Pengurusan Organisasi (PPO) Peringkat Bahagian Sri Aman Tahun 2026 telah disertai seramai 32 orang belia dari sekitar daerah Sri Aman dan Lubok Antu.

Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program ini khususnya persatuan/ kelab belia dan SMK Sri Aman yang memberikan komitmen penyertaan bagi menjayakan program ini.

Diharapkan ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan bagi memperkasa organisasi masing-masing serta menyumbang kepada pembangunan belia di Bahagian Sri Aman.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search