- JBS Sarawak
- Hits: 33
KEJOHANAN PING PONG BEREGU PERPADUAN SRI AMAN DAN BETONG 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 33
Disediakan oleh: MII, JBSN Sarawak
SRI AMAN, 19 September 2026 – Kelab Ping Pong Sri Benak, Sri Aman telah berjaya menganjurkan Kejohanan Ping Pong Beregu Perpaduan Sri Aman dan Betong Tahun 2026 di Dewan Serbaguna Kampung Muhibbah Sri Aman melalui sokongan Dana Sukan Komuniti (DSK) Kementerian Belia dan Sukan.
Sambutan menggalakkan daripada komuniti ping pong di Bahagian Sri Aman dan Betong mengumpulkan penyertaan sebanyak 19 beregu lelaki dan 9 beregu wanita. Menurut Presiden Kelab Ping Pong Sri Benak, Encik Tan Kok Chin objektif penganjuran kejohanan ini adalah bagi merapatkan silaturahim di kalangan ahli kelab dan peserta yang bertanding, memberikan pengalaman dan pendedahan kepada ahli jawatankuasa kelab dalam merancang dan mengendalikan kejohanan dan menggalakkan semangat kesukanan dan persaingan sihat di kalangan peserta.
Encik Mohd. Israk bin Ismail, Pegawai Cawangan Pembangunan Sukan telah mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman merasmikan kejohanan tersebut pada sebelah pagi manakala Encik Abang Syamsulzainuri bin Abang Sapini, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang pada sebelah petang.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kelab Ping Pong Sri Benak, Sri Aman di atas kejayaan penganjuran tersebut dan akan terus komited menyokong agenda memperkasakan komuniti sukan peringkat akar umbi di Bahagian Sri Aman.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman
