- JBS Sarawak
- Hits: 20
PEGAWAI JBSN SARAWAK SERTAI TRAINING OF TRAINERS UJIAN KECERGASAN NASIONAL OKU 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 20
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
CHERAS, 19 September 2026 – Dua pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Sarawak, Encik Yaman Bin Yahya dan Encik Hazwan Bin Haji Salleh Baihaki telah menyertai Training of Trainers (TOT) Ujian Kecergasan Nasional Orang Kurang Upaya (OKU) yang berlangsung pada 17 hingga 19 September 2026 bertempat di Pusat Antarabangsa Belia, Cheras.
Kursus ini turut menghimpunkan pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan dari negeri-negeri lain bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta kefahaman berkaitan pelaksanaan ujian kecergasan khusus untuk golongan OKU.
Sepanjang tiga hari pelaksanaan, peserta mengikuti sesi teori dan praktikal yang merangkumi kaedah pengendalian ujian, prosedur pelaksanaan, aspek keselamatan serta teknik penilaian kecergasan yang bersesuaian mengikut keupayaan peserta OKU.
Penyertaan pegawai JBSN Sarawak dalam latihan ini merupakan usaha memperkukuh kompetensi pegawai dalam melaksanakan program kecergasan secara lebih inklusif, sistematik dan selamat.
Ilmu serta pengalaman yang diperoleh diharap dapat diaplikasikan dalam pelaksanaan program kecergasan OKU di Sarawak, sekali gus memperluas peluang penyertaan golongan OKU dalam aktiviti kecergasan dan gaya hidup aktif.
#JBSNBersama
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#KBSMalaysia
#TeamKBS
