LAWATAN TAPAK PELAKSANAAN SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2026 (HSN2026) PERINGKAT NEGERI SARAWAK

LAWATAN TAPAK PELAKSANAAN SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2026 (HSN2026) PERINGKAT NEGERI SARAWAK

Disediakan oleh: Az, JBSN Sarawak 

BETONG, 18 September 2026 –Yang Berusaha Tuan Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah mengadakan lawatan tapak bagi meninjau persiapan dan kesiapsiagaan lokasi pelaksanaan Sambutan Hari Sukan Negara 2026 (HSN2026) Peringkat Negeri Sarawak yang dijadualkan berlangsung pada 17 Oktober 2026 di Dewan Panglima Rentap Betong.

Lawatan tersebut bertujuan melihat dengan lebih dekat keadaan dan kesesuaian lokasi di samping memastikan segala persiapan berkaitan kemudahan, susun atur kawasan, teknikal, keselamatan serta keperluan logistik berada pada tahap yang baik menjelang pelaksanaan sambutan berkenaan.

Dalam lawatan tersebut, beliau turut meninjau beberapa lokasi dan ruang yang akan digunakan bagi pelaksanaan aktiviti serta pengisian program HSN2026. Lawatan tapak ini mencerminkan komitmen Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dalam memastikan persiapan HSN2026 dilaksanakan secara terancang dan teratur.

Sambutan HSN2026 Peringkat Negeri Sarawak dijangka menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat melalui pengisian aktiviti sukan selaras dengan hasrat untuk menggalakkan masyarakat menjadikan aktiviti fizikal dan sukan sebagai sebahagian daripada amalan kehidupan seharian. 

Turut hadir ialah Puan Fatimah binti Abdul Rahman, Pegawai Belia dan Sukan,Bahagian Pembangunan Sukan, Cik Nurulzamzam bt Hj Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong, Encik Dennis anak Dempi, Encik Rawing anak Uking, Pegawai Cawangan Penggalakan dan Pembangunan Sukan, Puan Fazilawaty binti Saat, Pegawai Cawangan Kepimpinan Sahsiah.

#TeamKBS

#TeamJBSN

#JBSNKomited

#MalaysiaMadani

#jbssarawak

#HSN2026

#MalaysiaAktif

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search