BETONG SEBAGAI TUAN RUMAH PELAKSANAAN SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2026 (HSN2026) PERINGKAT NEGERI SARAWAK

BETONG SEBAGAI TUAN RUMAH PELAKSANAAN SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2026 (HSN2026) PERINGKAT NEGERI SARAWAK

Disediakan oleh: Az, JBSN Sarawak 

BETONG, 17 September 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Program Hari Sukan Negara 2026 (HSN2026) Peringkat Negeri Sarawak telah diadakan pada17 September 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Kenyalang, Pejabat Residen Bahagian Betong. 

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Yang Berhormat Datuk Gerald Rentap Jabu, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan kerjasama dan komitmen semua pihak yang terlibat bagi memastikan pelaksanaan Sambutan HSN2026 Peringkat Negeri Sarawak berjalan lancar serta mencapai objektif yang ditetapkan.

Turut menyampaikan ucapan ialah Yang Berusaha Tuan Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak yang merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa serta agensi yang hadir atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam memastikan persiapan Sambutan HSN2026 berjalan lancar.

Dalam mesyuarat tersebut, Puan Fatimah binti Abdul Rahman, Pegawai Belia dan Sukan,Bahagian Pembangunan Sukan turut memberikan penerangan secara terperinci berkaitan perancangan dan pelaksanaan aktiviti HSN2026 di Bahagian Betong. Sebanyak 33 aktiviti telah dirancang untuk dilaksanakan sepanjang tempoh sambutan HSN2026 di Bahagian Betong yang melibatkan pelbagai aktiviti sukan.

Kemuncak sambutan HSN2026 Peringkat Negeri Sarawak akan berlangsung pada 17 Oktober 2026 bertempat di Dewan Panglima Rentap Betong. Antara acara ikonik yang bakal menjadi tumpuan ialah Majlis Perasmian HSN2026, Larian Ria Madani (5KM) serta Berjalan Ria Madani (2KM). Pelbagai aktiviti sampingan turut dirancang bagi memeriahkan sambutan serta menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti fizikal dan gaya hidup aktif. Pelaksanaan HSN2026 ini turut meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif. Ia juga menggalakkan pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan. 

Kerjasama erat antara semua pihak diharapkan dapat memastikan Sambutan HSN2026 Peringkat Negeri Sarawak di Bahagian Betong dapat dilaksanakan dengan teratur, meriah dan memberi impak positif kepada masyarakat. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Cik Nurulzamzam bt Hj Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong, Encik Dennis anak Dempi, Encik Rawing anak Uking, Pegawai Cawangan Penggalakan dan Pembangunan Sukan, Puan Fazilawaty binti Saat, Pegawai Cawangan Kepimpinan Sahsiah.

#TeamKBS

#TeamJBSN

#JBSNKomited

#MalaysiaMadani

#jbssarawak

#HSN2026

#MalaysiaAktif

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search