- JBS Sarawak
- Hits: 24
KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN PERINGKAT BAHAGIAN SARIKEI TAHUN 2026 MERIAHKAN PEMBANGUNAN BELIA
- JBS Sarawak
- Hits: 24
Disediakan oleh : Jamaika Marciano, JBSN Sarawak
SARIKEI, 13 September 2026 – Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Bahagian Sarikei Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan selama tiga hari bermula 11 hingga 13 September 2026, melibatkan seramai 55 orang belia daripada lima buah sekolah di daerah Sarikei. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei dengan kerjasama pihak sekolah ini bertujuan memberikan pendedahan kepada golongan belia berkaitan aspek kepimpinan, jati diri, kesukarelawanan, keselamatan diri serta kemahiran sosial melalui pendekatan pembelajaran secara interaktif dan pengalaman praktikal.
Peralihan modul kem kepada aktiviti indoor sepenuhnya membolehkan objektif utama program seperti pembinaan sahsiah, jati diri, dan kepimpinan tetapi diteruskan dengan selamat tanpa mendedahkan peserta kepada risiko kesihatan jerebu. Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Encik Affendi bin Mohamad Amin, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Perancangan), mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Sarikei. Turut hadir ialah Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei; Encik Michael anak Mpulop, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Pembangunan Murid); serta Encik Hamidi bin Jelani, Penolong Kanan Pentadbiran, mewakili Pengetua SMK Sarikei Baru selaku tuan rumah program.
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamPBS6DSee
