- JBS Sarawak
- Hits: 43
PERTANDINGAN AEROBICTHON ANJURAN SWEET BEE AEROBICS CLUB SEMARAKKAN BUDAYA HIDUP AKTIF DI KABONG
- JBS Sarawak
- Hits: 43
Disediakan oleh: Az, JBSN Sarawak
BETONG, 12 September 2026 – Pertandingan Aerobicthon anjuran Sweet Bee Aerobics Club telah berlangsung dengan meriah di Dewan SJK (C) Chung Hua Kabong pada 12 September 2026 dengan penyertaan peserta bukan sahaja dari Bahagian Betong, malah turut disertai peserta dari Kuching dan Sarikei. Pelaksananaan program ini telah disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak di bawah Dana Sukan Komuniti (DSK).
Program ini dianjurkan sebagai satu usaha untuk menggalakkan masyarakat melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti fizikal di samping memupuk kesedaran mengenai kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.
Program turut diserikan dengan ucapan oleh Cik Nurulzamzam binti Hj. Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong. Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur atas inisiatif menganjurkan pertandingan tersebut yang menyediakan platform kepada masyarakat untuk bersama-sama melakukan aktiviti kecergasan.
Beliau berharap agar penganjuran program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan penglibatan yang lebih meluas sekali gus menyumbang kepada usaha membudayakan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan masyarakat. Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang mengambil bahagian serta para pemenang yang telah menunjukkan prestasi terbaik dan semanagat berpasukan dalam pertandingan ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#jbssarawak
#HSN2026
#MalaysiaAktif
