PROGRAM PENGURUSAN ORGANISASI PERINGKAT BAHAGIAN BETONG TAHUN 2026

PROGRAM PENGURUSAN ORGANISASI PERINGKAT BAHAGIAN BETONG TAHUN 2026

Disediakan oleh: JT, JBSN Sarawak

BETONG, 14 September 2026 – Program Pengurusan Organisasi Peringkat Bahagian Betong Tahun 2026 telah dilaksanakan selama tiga hari, bermula 11 hingga 13 September 2026, bertempat di Politeknik METrO Betong, Sarawak. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong dengan kerjasama Politeknik METrO Betong ini telah disertai seramai 30 orang peserta.

Pelaksanaan program ini memberi penekanan kepada pengisian berbentuk teori dan praktikal melalui sesi ceramah, latihan serta aktiviti berkumpulan oleh peserta program. Pendekatan ini bertujuan memberikan pengalaman secara langsung kepada belia dalam mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pengurusan organisasi.

Antara objektif program adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran belia dalam pengurusan organisasi melalui latihan serta pengalaman praktikal, memperkasa jaringan kerjasama antara organisasi belia dengan agensi kerajaan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan, di samping memberi pendedahan berkaitan tadbir urus kelab, kepimpinan, pengurusan kewangan dan perancangan strategik organisasi.

Sesi ceramah Pengurusan Mesyuarat dan Dokumentasi serta Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) telah disampaikan oleh Encik Abang Syamsulzainuri bin Abang Sapini, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman. Sementara itu, Encik Mohd. Israk bin Ismail telah menyampaikan ceramah berkaitan Kepimpinan dan Kemahiran Komunikasi serta Penyediaan Kertas Kerja dan Pengurusan Kewangan. Selain itu, sesi bersama Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) turut diadakan secara atas talian (google meet) bagi memberikan pendedahan tambahan kepada peserta berhubung aspek pembangunan dan pengurusan organisasi belia.

Majlis penangguhan Program Pengurusan Organisasi Peringkat Bahagian Betong Tahun 2026 telah disempurnakan oleh Cik Nurulzamzam binti Hj. Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong. Hadir sama Encik Muhammad Radzi bin Hamdan, Pegawai Belia dan Sukan Politeknik METrO Betong, Cik Azira binti A. Manan dan Encik Erwan Dzulfadli bin Pasah daripada Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong, serta barisan fasilitator yang terdiri daripada Encik Rusnizam bin Salleh, Cik Ratna Soleha binti Ja’afar Azhan, Puan Norfazira binti Saadi dan Encik Mohamad Salehan bin Andan.

Program ini diharapkan dapat memperkukuh keupayaan belia dalam mengurus organisasi secara lebih sistematik, berkesan dan berdaya saing, selaras dengan usaha memperkasakan kepimpinan serta pembangunan belia di peringkat Bahagian Betong.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search