MDLA CAR FREE DAY 2026 PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT KOMUNITI

Disediakan oleh: HBR, JBSN Sarawak

LUBON ANTU, 16 September 2026 – Program MDLA Car Free Day 2026 telah dilangsungkan pada 16 September 2026 bertempat di Rh. Rebicca Lipat Ulu, Engkilili dan dirasmikan oleh YB Tuan Roy Angau anak Gingkoi, Ahli Parlimen P.203 Lubok Antu.

MDLA Car Free Day 2026 adalah salah satu inisiatif di bawah MDLA One Health Promotion 2026 di mana objektif pelaksanaan program tersebut adalah untuk mewujudkan kesedaran di kalangan komuniti terhadap kepentingan gaya hidup sihat dan kelestarian penjagaan alam sekitar melalui aktiviti sukan dan riadah.

Encik Howard Bonsu anak Resik, Pegawai Cawangan Pembangunan Rakan Muda mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman hadir ke program tersebut dan bersama dengan komuniti setempat menyertai aktiviti yang dilaksanakan iaitu Fun Walk, Senamrobik, Sukaneka Berpasukan dan Pakaian Beragam. 

Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman merakamkan jutaan penghargaan dan setinggi tahniah kepada Majlis Daerah Lubok Antu dan JKKK Rh. Rebicca Lipat Ulu, Engkilili di atas kerjasama dan kejayaan penganjuran program tersebut.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search