PERSIDANGAN MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI SARAWAK ANGKAT SUARA BELIA AKAR UMBI

Disediakan oleh: ABG, JBSN Sarawak

KUCHING, 15 September 2026: Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Sri Aman telah menghadiri Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Sarawak Sidang II, Penggal ke-35, Sesi 2025–2026 yang berlangsung di Galeri Pustaka Negeri Sarawak, Kuching.

Encik Abang Syamsulzainuri bin Abang Sapini, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman telah hadir ke persidangan tersebut bersama Tuan Mahra bin Salleh, Residen Bahagian Sri Aman. Ahli persidangan telah mendengar pembentangan kertas kerja berkenaan Kesihatan Mental dan Kesejahteraan Psikososial di kalangan belia yang disampaikan oleh Mental Health Association of Sarawak (MHAS).

5 usul telah dibahas dan diberimaklum balas dalam persidangan tersebut oleh persatuan/ kelab belia bersama Jabatan Kerajaan dan Agensi terlibat. Persidangan ini menjadi platform penting bagi golongan belia untuk menyuarakan pendapat, pandangan dan cadangan berkaitan pembangunan belia di samping memperkukuh peranan serta penglibatan belia dalam proses perundingan di peringkat negeri.

Ucaptama dan perasmian persidangan telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak merangkap Pengerusi MPBN Peringkat Negeri Sarawak.

Turut hadir ialah YB Dr. Haji Safiee bin Haji Ahmad, ADUN N.43 Daro merangkap Setiausaha Agung SABERKAS Negeri Sarawak dan YBrs. Tuan Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search