- JBS Sarawak
- Hits: 14
Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Bahagian (DDC) dan Tindakan Pembangunan Bahagian Bil.1 Tahun 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 14
Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 17 SEPTEMBER 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Bahagian (DDC) dan Tindakan Pembangunan Bahagian Bil.1 Tahun 2026 telah diadakan pada 17 September 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 3, Bangunan Pentadbiran Baru Mukah. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Bujang Rahman Seli, Residen Bahagian Mukah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bahagian (DDC) dan Tindakan Pembangunan Bahagian (JTPB) Mukah. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah turut dijemput hadir dalam mesyuarat tersebut dan telah diwakili Encik Mohammad Arbi Rosli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian.
Antara agenda mesyuarat ialah Perutusan Pengerusi, Pengesahan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Bahagian (DDC) Mukah Bil.3/2025, Perkara Berbangkit dan Laporan Ringkasan Projek Projek Pembangunan di Bahagian Mukah oleh Sekretariat Pembangunan Bahagian Mukah. Laporan Ringkasan Projek Pembangunan Peruntukan Persekutuan di Bahagian Mukah oleh Pejabat Pembangunan Negeri (SDO) serta Taklimat Pelan pembangunan bagi Matadeng Sub Centre oleh Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA).
