- JBS Sarawak
- Hits: 18
Pelaksanaan Projek Agrobelia Lestari @ Rakan Mahir Kelab Belia Sejati Sadong
- JBS Sarawak
- Hits: 18
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
Samarahan, 17 September 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Sarawak telah melaksanakan sesi lawatan pemantauan ke tapak projek penanaman cili secara fertigasi kelolaan Kelab Belia Sejati Sadong di Sadong Jaya, hari ini.
Sesi pemantauan ini diketuai oleh Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSN Sarawak, Puan Hafizah Dahlan. Lawatan tersebut bertujuan untuk meninjau status kemajuan fizikal projek di lapangan serta memastikan pelaksanaan inisiatif berkenaan mematuhi skop dan tatacara pengurusan bantuan di bawah Program Agrobelia Lestari @ Rakan Mahir Tahun 2026.
Projek pertanian moden berasaskan sistem fertigasi dalam polibag ini memberi tumpuan kepada pengeluaran cili segar bagi menjana pendapatan sampingan kepada belia setempat. Melalui sesi tinjauan tersebut, aspek penyediaan tapak, susun atur teknikal sistem fertigasi, dan pengurusan tanaman dinilai secara teliti bagi memastikan kelangsungan operasi berjalan lancar mengikut jadual perancangan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#AgroBeliaLestari
#RakanMahir
