- JBS Sarawak
- Hits: 33
PROGRAM MOBILISASI SUKARELAWAN RAKAN MUDA BAHAGIAN SARIKEI SIRI 1/2026
- JBS Sarawak
- Hits: 33
Disediakan Oleh : M Johari, JBSN Sarawak
SARIKEI, 12 September 2026: Program Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda Bahagian Sarikei Siri 1/2026 telah diadakan di Taman Perumahan Persekutuan Sarikei bagi membantu menceriakan serta membersihkan kawasan perumahan yang kurang terurus.
Program ini dilaksanakan atas permintaan Jawatankuasa KGP Sarikei berikutan terdapat banyak unit kediaman yang tidak berpenghuni, menyebabkan kawasan sekitar dipenuhi tumbuhan liar dan memerlukan kerja pembersihan.
Seramai 42 orang sukarelawan menyertai aktiviti gotong-royong yang terdiri daripada Kelab Belia Pekan Bintangor, Kelab Rakan Muda Sarikei, Duton Mountaineering Club, Madrasatul Al-Quran Wal-Lughah Arabiah (MAQWA) serta Angkatan Pertahanan Awam Daerah Sarikei.
Turut bersama dalam aktiviti tersebut ialah Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei, serta Encik Zulfadhli bin Leonardo, Penolong Pegawai Cawangan Rakan Muda.
Program ini mencerminkan semangat kesukarelawanan, kerjasama dan keprihatinan belia dalam membantu komuniti setempat.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamPBS6D
