- JBS Sarawak
- Hits: 34
WAKIL SARAWAK CIPTA PENCAPAIAN DI KASUKE 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 34
Disediakan oleh: RJH JBSN Sarawak
PETALING JAYA, 12 September 2026 – Wakil Negeri Sarawak berjaya mencatat pencapaian membanggakan dalam Pertandingan Senamrobik dan Variasi Terbuka sempena Karnival Sukan Kecergasan (KASUKE) Peringkat Kebangsaan 2026 yang berlangsung di Exhibition Hall, Ground Floor, Hextar World at Empire City, Petaling Jaya, Selangor.
Dalam pertandingan berkenaan, pasukan Hornbill Rhythm yang mewakili Sarawak bagi kategori Stepboard berjaya meraih Tempat Kedua, manakala Kelab Senamrobik Santai yang mewakili Sarawak bagi kategori Chairobics berjaya memperoleh Tempat Keempat.
Pencapaian tersebut sekali gus membuktikan kemampuan, komitmen dan semangat tinggi wakil Sarawak dalam bidang kecergasan dan senamrobik di peringkat kebangsaan.
Sarawak turut diwakili oleh Mohd Fairos Ibrahim yang diberi kepercayaan sebagai salah seorang juri dalam pertandingan tersebut.
Pencapaian ini merupakan hasil disiplin, latihan berterusan, semangat berpasukan serta kesungguhan para peserta dalam memberikan persembahan terbaik.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Sarawak Amateur Gymnastics Association (SAGYMA) , Hornbill Rhythm, Kelab Senamrobik Santai serta Mohd Fairos Ibrahim atas penglibatan dan pencapaian yang membanggakan serta mengharumkan nama Sarawak di pentas kebangsaan.
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus aktif, meningkatkan prestasi dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
Syabas dan tahniah, Sarawak!
#KASUKE2026
#Sarawak
#NewAchievementUnlocked
#JBSNSarawak
#Senamrobik
#Kecergasan
#MalaysiaAktif
