- JBS Sarawak
- Hits: 34
3 PEGAWAI PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN SRI AMAN BANTU PELAKSANAAN PROGRAM PENGURUSAN ORGANISASI BAHAGIAN BETONG
- JBS Sarawak
- Hits: 34
Disediakan oleh: NFS, JBSN Sarawak
BETONG, 13 September 2026 – 3 orang pegawai Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman telah membantu pelaksanaan Program Pengurusan Organisasi (PPO) Peringkat Bahagian Betong yang dilaksanakan di Politeknik METrO Betong bermula 11 hingga 13 September 2026.
Encik Abang Syamsulzainuri bin Abang Sapini, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman telah menyampaikan 2 slot ceramah iaitu Pengurusan Mesyuarat & Dokumentasi dan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD). Encik Mohd. Israk bin Ismail, Pegawai Cawangan Pembangunan Sukan juga menyampaikan 2 slot ceramah iaitu berkenaan Kepimpinan & Kemahiran Komunikasi dan Penyediaan Kertas Kerja & Pengurusan Kewangan. Puan Norfazira binti Saadi daripada Cawangan Pembangunan Belia telah menjalankan tanggungjawab sebagai fasilitator program tersebut.
Program Pengurusan Organisasi (PPO) ini bertujuan memberi pendedahan, pengetahuan dan kemahiran kepada belia serta pemimpin organisasi belia dalam aspek tadbir urus, kepimpinan, pengurusan kewangan dan perancangan strategik organisasi.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman
