MESYUARAT FOCUS GROUP PEMBASMIAN KEMISKINAN DAERAH SRI AMAN BIL. 02/2026

Disediakan oleh: ABG, JBSN Sarawak

SRI AMAN, 11 September – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman telah dijemput menghadiri Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Daerah Sri Aman Bil. 02/2026 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Tingkat 3, Pejabat Daerah Sri Aman.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Shariff bin Bujang, Pegawai Daerah Sri Aman dan dihadiri oleh Jabatan/ Agensi Persekutuan/ Negeri serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kampung di Daerah Sri Aman. Encik Abang Syamsulzainuri bin Abang Sapini, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman hadir selaku wakil Pejabat ke mesyuarat ini.

Pejabat Pembangunan Negeri Zon Sri Aman, Pejabat GIATMARA Sri Aman, Pejabat PERKESO Sri Aman dan Pejabat Daerah Sri Aman telah membentangkan laporan dan pelaksanaan program pembasmian kemiskinan di daerah Sri Aman.

Pejabat ini akan sentiasa menyokong segala usaha dan inisiatif semua agensi kerajaan dalam membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup dan ekonomi penduduk terutama di daerah Sri Aman.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search