- JBS Sarawak
- Hits: 33
JBSN SARAWAK PERKASA PENGLIBATAN WANITA DALAM SUKAN BERMOTOR
- JBS Sarawak
- Hits: 33
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
KUCHING, 12 September 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak terus memperkasa penglibatan wanita dalam arena sukan bermotor menerusi Kursus Latihan Asas Sukan (KLAS) Sukan Bermotor Wanita (Race Marshal) 2026 yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Program ini memberi pendedahan teori dan praktikal berkaitan tugas serta tanggungjawab marsyal, aspek keselamatan perlumbaan dan pengurusan acara sukan bermotor.
Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan JBS Negeri Sarawak, Puan Fatimah Abdul Rahman yang mewakili Pengarah JBS Negeri Sarawak, Tuan Lamat Anak Nyalau berkata, penglibatan wanita dalam sukan bermotor tidak seharusnya terhad sebagai peminat atau penonton, malah boleh diterokai dalam aspek pengurusan dan keselamatan perlumbaan.
Program anjuran JBS Negeri Sarawak dengan kerjasama Sarawak Motorsports Association (SMA) turut mendapat sokongan Motorsports Association of Malaysia (MAM) dan Ultra X Motorsport Club.
Seramai 26 peserta wanita menyertai program tersebut dan didedahkan kepada peranan Race Marshal, Race Director, Clerk of the Course serta Steward.
Diharapkan program ini menjadi titik permulaan kepada lebih ramai wanita untuk memperoleh pentauliahan dan membina kerjaya dalam industri sukan bermotor.
#JBSNBersama
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#KBSMalaysia
#TeamKBS
