- JBS Sarawak
- Hits: 27
Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Wisma Persekutuan Fasa 1 Tahun 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 27
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 11 September 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri (PBSB Miri) turut hadir bagi menyemarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Wisma Persekutuan Fasa 1 Tahun 2026 yang telah diadakan pada 10 September 2026 dalam suasana penuh semangat patriotik dan kemeriahan.
Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi memeriahkan sambutan tersebut, antaranya perhimpunan, perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, pertandingan mewarna, pertandingan kenderaan jabatan berhias, kuiz kenegaraan serta cabutan bertuah.
Penglibatan PBSB Miri dalam sambutan ini merupakan salah satu usaha untuk menyemarakkan semangat patriotisme serta memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan warga Wisma Persekutuan. Sambutan seumpama ini turut menjadi platform untuk warga agensi kerajaan bersama-sama menghayati erti kemerdekaan serta menghargai keharmonian dan kepelbagaian yang menjadi kekuatan negara.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
