- JBS Sarawak
- Hits: 19
PBSB Miri Turut Serta Pertandingan Sudut Patriotik Peringkat Wisma Persekutuan
- JBS Sarawak
- Hits: 19
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 11 September 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri (PBSB Miri) turut menyertai Pertandingan Sudut Patriotik Peringkat Wisma Persekutuan yang melibatkan penyertaan sebanyak sembilan agensi di Wisma Persekutuan Miri.
Pertandingan tersebut dinilai berdasarkan empat kriteria utama, iaitu kreativiti dan inovasi, kandungan dan maklumat patriotik, kebersihan dan keceriaan serta impak keseluruhan. Penilaian penuh bagi pertandingan tersebut telah dilaksanakan pada 7 September 2026 oleh panel penilai yang telah dilantik.
Penyertaan PBSB Miri dalam pertandingan ini merupakan salah satu usaha untuk menyemarakkan semangat patriotisme serta memupuk kesedaran terhadap nilai-nilai kenegaraan dalam kalangan warga kerja. Selain itu, pertandingan ini turut menjadi platform untuk agensi-agensi kerajaan menampilkan kreativiti masing-masing dalam menghias dan menyampaikan mesej patriotik sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
