- JBS Sarawak
- Hits: 25
Sesi Perbincangan Awal Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Miri 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 25
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 11 September 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri (PBSB Miri) telah mengadakan kunjungan ke Pejabat Daerah Marudi pada 7 September 2026 bagi mengadakan sesi perbincangan awal berhubung pelaksanaan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Miri 2026 yang dijadualkan berlangsung pada bulan Oktober 2026.
Kunjungan tersebut telah diwakili oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri, bersama Encik Roger Danny dari Unit Pembangunan Sukan, PBSB Miri. Sesi perbincangan tersebut turut melibatkan Persatuan Belia Marudi bagi membincangkan perancangan serta aktiviti utama yang bakal dilaksanakan, antaranya Larian Ria dan Berjalan Ria.
Pihak Pejabat Daerah Marudi pula telah diwakili oleh Puan Vanessa anak Jospeh, Pegawai Tadbir. Perbincangan ini bertujuan untuk menyelaras persediaan serta kerjasama antara pihak yang terlibat bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program. Mesyuarat susulan akan diadakan pada masa yang akan datang bagi membincangkan dengan lebih lanjut persediaan dan perincian pelaksanaan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Miri 2026.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
