- JBS Sarawak
- Hits: 36
SESI PERBINCANGAN PEJABAT PBSB KAPIT PERKUKUH PENYELARASAN PROGRAM
- JBS Sarawak
- Hits: 36
Disediakan oleh: UR,PBSBKPT
KAPIT, 10 September 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit telah mengadakan sesi perbincangan pejabat yang bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit.
Sesi perbincangan tersebut melibatkan perbincangan berkaitan perancangan, pelaksanaan serta perkembangan program dan aktiviti bagi setiap unit di pejabat, meliputi Unit Sukan, Unit Belia, Unit Rakan Muda dan Unit Pentadbiran.
Perbincangan memberi tumpuan kepada status semasa setiap program, penyelarasan tugasan, keperluan logistik serta perkara-perkara berkaitan bagi memastikan setiap aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan teratur dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Selain itu, sesi ini turut menjadi platform kepada warga pejabat untuk berkongsi pandangan, mengenal pasti cabaran serta membincangkan tindakan susulan bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada golongan belia, komuniti dan pemegang taruh di Bahagian Kapit.
Sesi perbincangan seperti ini diharap dapat memperkukuh kerjasama dan komunikasi antara unit serta memastikan segala perancangan program dapat dilaksanakan secara lebih tersusun, sistematik dan berkesan.
