PBSB Mukah Sedia Bimbing Kelab dan Persatuan Sukan Dalam Menyediakan MYKB

PBSB Mukah Sedia Bimbing Kelab dan Persatuan Sukan Dalam Menyediakan MYKB

Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 10 SEPTEMBER 2026 – Perjumpaan antara setiausaha Pace Addict Running Club dan Encik Mohammad Arbi bin Rosli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah telah diadakan pada 10 September 2026 di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah bagi membincangkan perancangan dan hala tuju kelab selepas didaftar pada bulan Ogos yang lepas. Pejabat menyambut baik hasrat dan semangat kuat komuniti untuk menubuhkan kelab atau persatuan di Mukah khususnya Pace Addict Running Club bagi memberi peluang dan ruang kepada komuniti setempat bergiat aktif dalam sukan yang diceburi. 

Dalam pada itu, Encik Mohammad Arbi turut mengingatkan kelab dan persatuan yang berdaftar agar mematuhi perlembagaan yang telah ditetapkan serta menghantar Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) setiap tahun kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan melalui kaedah atas talian yang disediakan bagi mengelak status tidak aktif atau dibatalkan terhadap kelab tersebut. Selain itu, beliau turut memaklumkan kelab dan persatuan yang aktif dan sentiasa mengemaskini MYKB mereka layak memohon bantuan yang disediakan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search