- JBS Sarawak
- Hits: 21
MESYUARAT PENYELARASAN MDLA CAR FREE DAY 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 21
Disediakan oleh: HBR, JBSN Sarawak
SRI AMAN, 9 September 2026 – Delegasi Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA) dan JKKK Rh. Rebicca Lipat Ulu, Engkilili telah berkunjung ke Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman bagi menyelaraskan pelaksanaan program MDLA Car Free Day 2026 yang akan dilangsungkan pada 16 September 2026.
MDLA Car Free Day 2026 adalah salah satu inisiatif di bawah MDLA One Health Promotion 2026 di mana objektif pelaksanaan program tersebut adalah untuk mewujudkan kesedaran di kalangan komuniti terhadap kepentingan gaya hidup sihat dan kelestarian penjagaan alam sekitar melalui aktiviti sukan dan riadah.
Encik Howard Bonsu anak Resik, Pegawai Cawangan Pembangunan Rakan Muda mewakili Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman menyelaraskan mesyuarat tersebut dan aktiviti yang akan dilaksanakan adalah Fun Walk, Senamrobik, Sukaneka Berpasukan dan Pakaian Beragam. MDLA Car Free Day 2026 akan dirasmikan oleh YB Tuan Roy Angau anak Gingkoi, Ahli Parlimen P.203 Lubok Antu.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman
