PEMBENTANGAN PERANCANGAN HARI SUKAN NEGARA (HSN) PERINGKAT BAHAGIAN SRI AMAN TAHUN 2026 KEPADA RESIDEN BAHAGIAN SRI AMAN

Disediakan oleh: MII, PBSB Sri Aman

SRI AMAN, 9 September 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman telah melakukan perjumpaan bersama dengan Tuan Mahra bin Salleh, Residen Bahagian Sri Aman bagi membentangkan perancangan pelaksanaan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Sri Aman Tahun 2026.

Perjumpaan ini diketuai oleh Encik Abang Syamsulzainuri bin Abang Sapini, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman dan pembentangan perancangan program Hari Sukan Negara disampaikan oleh Encik Mohd. Israk bin Ismail, Pegawai Cawangan Pembangunan Sukan. Turut hadir dalam perjumpaan tersebut adalah, Encik Sazali bin Dillah dan Puan Norfazira binti Saadi daripada Cawangan Pembangunan Belia serta Cikgu Abang Zulhilmi dan Cikgu Abdul Rahim daripada SMK Sri Aman yang akan menjadi rakan strategik pelaksana MADANI Gamang Fun Run sempena Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Sri Aman Tahun 2026.

Sokongan Tuan Residen dan penglibatan bersepadu daripada pelbagai agensi kerajaan dan pihak swasta amat diharapkan dalam memastikan kejayaan penganjuran HSN 2026 bagi merealisasikan visi 'Sukan Untuk Semua', sejajar dengan aspirasi kerajaan dalam melahirkan masyarakat yang aktif, cergas, dan produktif.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search