- JBS Sarawak
- Hits: 19
KUNJUNGAN HORMAT PBSB SARIKEI KEPADA YBHG. DATU RESIDEN BAHAGIAN SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 19
Disediakan oleh: M Johari, JBSN Sarawak
SARIKEI, 10 September 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei (PBSB Sarikei) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Datu Michael Ronnie Langong, Residen Bahagian Sarikei, pagi ini bagi menyampaikan taklimat berkaitan pelaksanaan HSN Bahagian Sarikei 2026.
Kunjungan diketuai oleh Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei bersama Encik Zulfadhli Leonardo, Penolong Pegawai Cawangan Rakan Muda, Encik Azryn Naim Zolkifli, Pegawai Tadbir Pejabat Residen serta Encik Abdul Rani bin Adi, wakil Duton Mountaineering Club.
Dalam pertemuan tersebut, PBSB Sarikei turut menjemput YBhg. Datu Residen untuk mempengerusikan Jawatankuasa Pelaksana HSN Bahagian Sarikei 2026 sebagai tanda sokongan dan komitmen bersama dalam memastikan sambutan HSN tahun ini berlangsung dengan lancar dan memberi impak kepada masyarakat.
PBSB Sarikei merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Datu Residen atas sokongan yang diberikan. Penghargaan turut ditujukan kepada Duton Mountaineering Club atas komitmen sebagai rakan strategik dalam menjayakan HSN Bahagian Sarikei 2026.
Bersama Menggerakkan Sarikei ke Arah Masyarakat Aktif dan Sihat!
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamPBS6D
