- JBS Sarawak
- Hits: 33
PBSB SARIKEI SUMBANG KHIDMAT BIMBINGAN KEPADA NGO SEKOLAH
- JBS Sarawak
- Hits: 33
Disediakan oleh: M. Johari, JBSN Sarawak
SARIKEI, 9 September 2026 – Wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Sarikei Baru, Cikgu Sukarno bin Suhaili, telah mengadakan perjumpaan dengan Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei, Encik Mohd Johari Abdullah, bagi mendapatkan khidmat nasihat berhubung cadangan penganjuran Jogathon PIBG yang dijadualkan berlangsung pada Januari 2027.
Perjumpaan tersebut diadakan di premis luar sekolah bagi memudahkan pergerakan Encik Mohd Johari yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal dan menggunakan kerusi roda.
Pelbagai perkara telah dibincangkan dalam perjumpaan tersebut, khususnya berkaitan aspek teknikal penganjuran program serta pemilihan laluan yang sesuai bagi memastikan kelancaran dan keselamatan para peserta.
Diharapkan penganjuran Jogathon PIBG ini nanti dapat berjalan dengan lancar serta memberikan manfaat kepada seluruh warga NeSS.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamPBS6D
