- JBS Sarawak
- Hits: 48
UKJK PEMBANTU BELIA DAN SUKAN GRED S1 LIBATKAN 200 CALON
- JBS Sarawak
- Hits: 48
Disediakan oleh: RJH JBSN Sarawak
KUCHING, 9 September 2026 – Seramai 200 calon telah menjalani Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) bagi jawatan Pembantu Belia dan Sukan Gred S1 yang berlangsung pada 7 hingga 9 September 2026 bertempat di Dewan Serbaguna, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Pelaksanaan UKJK tersebut dikendalikan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (JBSN Sarawak) dengan diketuai oleh Ketua Penguji, Encik Awangku Adi Azwan bin Awangku Bolhassan, bersama 10 orang Pegawai Belia dan Sukan JBSN Sarawak.
Sepanjang tiga hari pelaksanaan, para calon telah melalui beberapa komponen ujian kecergasan jasmani yang ditetapkan sebagai sebahagian daripada proses penilaian bagi jawatan Pembantu Belia dan Sukan Gred S1.
Kesemua sesi ujian dilaksanakan secara teratur, sistematik dan mengikut prosedur yang ditetapkan bagi memastikan aspek keselamatan, ketelusan serta keadilan dalam proses penilaian setiap calon sentiasa diberi keutamaan.
Kerjasama baik yang diberikan oleh para calon serta komitmen pegawai penguji turut membantu memastikan keseluruhan pelaksanaan UKJK berjalan dengan lancar.
JBSN Sarawak kekal komited dalam memberikan perkhidmatan yang profesional serta memastikan setiap urusan pengujian dilaksanakan dengan penuh integriti, teratur dan berlandaskan tatacara yang telah ditetapkan.
#JBSNBersama
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#KBSMalaysia
#TeamKBS
