- JBS Sarawak
- Hits: 39
MESYUARAT PENYELARASAN MADANI GAMANG FUN RUN BIL. 3/2026 SEMPENA HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN SRI AMAN 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 39
Disediakan oleh: MII, PBSB Sri Aman
SRI AMAN, 8 September – Mesyuarat Penyelarasan Madani Gamang Fun Run Bil. 3/2026 sempena Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Sri Aman Tahun 2026 telah berlangsung di Bilik Kuliah SMK Sri Aman petang ini.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Noorazlinawati Ahmad, PKHEM SMK Sri Aman dan turut dihadiri oleh Encik Mohd. Israk bin Ismail, Pegawai Cawangan Pembangunan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman merangkap Pegawai Penyelaras Program Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Sri Aman Tahun 2026.
Ahli mesyuarat telah diberikan taklimat berkenaan gerak kerja dan status semasa persiapan Madani Gamang Fun Run yang dijadualkan akan dilaksanakan pada 17 Oktober 2026. Dijangkakan seramai 1,500 peserta akan memeriahkan acara larian tersebut yang menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman turut mengutarakan beberapa pandangan dan cadangan bagi tujuan pelaksanaan program tersebut sejajar dengan objektif membudayakan gaya hidup sihat di kalangan komuniti khasnya bagi penduduk di Bahagian Sri Aman.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman
