SESI PENERANGAN DAN TANDA TANGAN SETUJU TERIMA BANTUAN PROGRAM GAYA HIDUP KELAB RAKAN MUDA PARLIMEN SRI AMAN 2026

Disediakan oleh: HBR, JBSN Sarawak

SRI AMAN, 7 September – Kelab Rakan Muda Parlimen Sri Aman telah berkunjung ke Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman hari ini bagi mendapatkan penerangan dan menandatangani Surat Setuju Terima Bantuan Program Gaya Hidup Kelab Rakan Muda Parlimen Sri Aman 2026.

Penerangan berkenaan program telah disampaikan oleh Encik Howard Bunsu anak Resik, Pegawai Cawangan Pembangunan Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman kepada Muhammad Syafiq Akmal bin Sulong, Pengerusi Kelab Rakan Muda Parlimen Sri Aman dan seterusnya menandatangani Surat Setuju Terima Bantuan.

Pejabat ini menyeru para remaja di Bahagian Sri Aman yang berumur dalam lingkungan 15 hingga 25 tahun untuk menyertai Kelab Rakan Muda Parlimen Sri Aman yang akan menyediakan platform kepada aktiviti sosial yang sihat dan lebih interaktif untuk generasi masa kini.

Encik Abang Syamsulzainuri bin Abang Sapini, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman turut berkongsi pandangan dan idea bersama Pengerusi Kelab Rakan Muda Parlimen Sri Aman bagi penambahbaikan pelaksanaan program Gaya Hidup Rakan Muda yang lebih dekat di hati para remaja yang merupakan kumpulan sasar program.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search