- JBS Sarawak
- Hits: 36
UAKK CALON OKU S1 BERMULA DI KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI SARAWAK
- JBS Sarawak
- Hits: 36
Disediakan oleh: RJH JBSN Sarawak
KUCHING, 7 September 2026 – Pelaksanaan Ujian Asas Keupayaan Kecergasan (UAKK) bagi calon Orang Kurang Upaya (OKU) S1 telah bermula hari ini bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Seramai 10 orang calon terlibat dalam pelaksanaan ujian yang berlangsung selama tiga hari bermula 7 hingga 9 September 2026.
Pelaksanaan UAKK kali ini diketuai oleh Encik Awangku Adi Azwan Awang Bolhassan bersama barisan pegawai dan petugas yang terlibat dalam memastikan keseluruhan proses penilaian berjalan dengan lancar, teratur dan selamat.
UAKK merupakan satu bentuk penilaian asas yang dilaksanakan bagi mengukur tahap keupayaan serta kecergasan fizikal calon OKU berdasarkan komponen ujian yang telah ditetapkan dan disesuaikan mengikut keupayaan individu.
Sepanjang sesi berlangsung, calon akan diberikan penerangan serta panduan berkaitan tatacara pelaksanaan setiap komponen ujian bagi memastikan penilaian dilaksanakan secara sistematik dan bersesuaian dengan keupayaan masing-masing.
Pelaksanaan ujian ini diharap dapat memberikan penilaian yang menyeluruh terhadap tahap keupayaan kecergasan calon, di samping memastikan proses penilaian dilaksanakan secara adil, inklusif dan mengutamakan aspek keselamatan.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak merakamkan penghargaan kepada semua pegawai, petugas dan calon yang terlibat sepanjang pelaksanaan UAKK ini.
#JBSNBersama
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#KBSMalaysia
#TeamKBSA
