TAKLIMAT PROGRAM PEMASANGAN DAN LATIHAN PENGGUNAAN AUTOMATED EXTERNAL DEFIBRILLATOR (AED) DI WISMA PERSEKUTUAN BETONG

TAKLIMAT PROGRAM PEMASANGAN DAN LATIHAN PENGGUNAAN AUTOMATED EXTERNAL DEFIBRILLATOR (AED) DI WISMA PERSEKUTUAN BETONG

Disediakan oleh: NFM, JBSN Sarawak

BETONG, 7 September 2026 – Satu Taklimat Program Pemasangan Dan Latihan Penggunaan Automated External Defibrillator (AED) telah diadakan pada 3 September 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Bangunan Wisma Persekutuan Betong. Taklimat program dianjurkan oleh Jabatan Perdana Menteri, Pejabat Setiusaha Persekutuan Sarawak. Taklimat ini telah diadakan selama tiga jam dan dihadiri oleh 20 orang peserta mewakili setiap jabatan di Bangunan Wisma Persekutuan Betong.

Taklimat dan latihan tersebut telah disampaikan oleh tenaga pakar dari Syarikat Medic World yang merupakan syarikat yang dilantik oleh Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak untuk memberi penerangan kepada kakitangan di bangunan Wisma Persekutuan Betong cara-cara penggunaan AED dengan betul dan selamat. 

Tujuan utama taklimat program supaya ada "First Responder" dalam bangunan jika berlaku kecemasan jantung sebelum ambulan sampai disamping untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan keselamatan di tempat kerja. Dengan adanya alat tersebut serta orang terlatih dapat membantu mangsa Cardiac Arrest."Golden 3-5 minit" pertama penting sangat untuk selamatkan nyawa. Taklimat ini turut dihadiri oleh Cik Azira binti A.Manan dan Puan Norfatihah binti Moh, mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search