- JBS Sarawak
- Hits: 36
PROGRAM SESI TEH TARIK BERSAMA SETIAUSAHA PERSEKUTUAN NEGERI SARAWAK (SUPS) BERSAMA PENJAWAT AWAM PERSEKUTUAN DI SRI AMAN
- JBS Sarawak
- Hits: 36
Disediakan oleh :- MII, JBSN Sarawak
SRI AMAN – 4 September 2026 YBhg. Dato Ahmad Nadzri Mohd Hassan, Setiausaha Persekutuan Sarawak hari ini meluangkan masa untuk berjumpa dengan penjawat awam Persekutuan di Bahagian Sri Aman di Bilik Mesyuarat Tiang Laju, Blok 1, Wisma Persekutuan Sri Aman.
Sesi Teh Tarik tersebut memfokuskan perbincangan secara santai mengenai sistem penyampaian dan tadbir urus Pejabat-pejabat Persekutuan di Bahagian Sri Aman. Selain itu, turut dibincangkan mengenai isu kebajikan penjawat awam persekutuan terutamanya Bangunan Kuartes kerajaan persekutuan yang terdapat dibahagian Sri Aman. YBhg Dato Ahmad Nadzri juga turut mengadakan lawatan disekitar Wisma Persekutuan Fasa 1 dan Fasa II di Jalan Kejatau.
Turut hadir Encik Mohd Israk Ismail, Pegawai Pembagunan Sukan, mewakili Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman
