MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN KAFETEEN TAHUN 2026 PERINGKAT BAHAGIAN SRI AMAN

Disediakan oleh : NFS , JBSN Sarawak

SRI AMAN, 2 September 2026 - Mesyuarat Penyelarasan Program Kem Belia @ Rakan Prihatin KafeTEEN Tahun 2026 Peringkat Bahagian Sri Aman telah berjaya dilaksanakan.

Sesi penyelarasan ini memberi tumpuan kepada penerangan serta perbincangan berkaitan pelaksanaan kem, termasuk penyelarasan peserta, peranan guru pengiring, perjalanan aktiviti, aspek keselamatan, kebajikan peserta serta perkara-perkara berkaitan sepanjang program berlangsung.

Penyelarasan awal ini penting bagi memastikan semua pihak yang terlibat memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing serta dapat memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan program.

Diharapkan pelaksanaan program ini dapat menyediakan ruang kepada para peserta untuk membina jati diri, kepimpinan, semangat berpasukan, disiplin serta nilai kesukarelawanan dan keprihatinan sosial dalam kalangan belia

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search