MESYUARAT PENYELARASAN AKTIVITI SEMPENA PROGRAM HARI SUKAN NEGARA 2026 (HSN2026) PERINGKAT NEGERI SARAWAK

MESYUARAT PENYELARASAN AKTIVITI SEMPENA PROGRAM HARI SUKAN NEGARA 2026 (HSN2026) PERINGKAT NEGERI SARAWAK

Disediakan oleh: Az, JBSN Sarawak

BETONG, 4 September 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Sempena Program Hari Sukan Negara 2026 (HSN2026) Peringkat Negeri Sarawak pada 3 September 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat, Wisma Persekutuan Betong.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Cik Nurulzamzam binti Hj. Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong serta dihadiri oleh wakil daripada pelbagai jabatan, agensi, persatuan dan kelab-kelab sukan yang terlibat dalam pelaksanaan Program HSN2026.

Mesyuarat ini diadakan bagi menyelaras perancangan serta persediaan aktiviti yang bakal dilaksanakan sempena sambutan HSN2026. Antara perkara yang dibincangkan termasuk cadangan aktiviti, pengelola bagi setiap aktiviti serta peranan semua pihak yang terlibat.

Sesi perbincangan turut memberi ruang kepada semua pihak untuk bertukar idea, pandangan dan pendapat bagi memastikan aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun, menarik serta memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Program Hari Sukan Negara 2026 Peringkat Negeri Sarawak akan dilaksanakan pada    17 Oktober 2026 bertempat di Dewan Panglima Rentap, Betong dengan penglibatan pelbagai pihak dalam menjayakan agenda pembudayaan sukan dan gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat.

#TeamKBS

#TeamJBSN

#JBSNKomited

#MalaysiaMadani

#jbssarawak

#hsn2026

#MalaysiaAktif

#pbsbetong

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search