- JBS Sarawak
- Hits: 58
Program Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Bahagian Mukah Tahun 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 58
Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 17 OGOS 2026 – Program Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Bahagian Mukah Tahun 2026 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dengan kerjasama Kelab Belia Progresif Pekan Balingian telah diadakan pada 14 -16 Ogos 2026 di Kem Belia Mukah. Program selama tiga hari itu telah diisi dengan pelbagai aktiviti latihan dalam kumpulan dan aktiviti ceramah yang melibatkan beberapa agensi seperti PDRM, AADK dan KKM. Selain itu, penglibatan enam buah sekolah menengah iaitu SMK Mukah, SMK Three Rivers, SMK Saint Patrick, SMK Oya, SMK Dalat dan MRSM Mukah dalam penyertaan program ini telah menjadikan objektifnya tercapai.
50 orang pelajar berumur 15 -16 tahun dari enam buah sekolah yang terlibat telah menyertai program ini. Program telah dikendalikan oleh fasilitator dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dan Giatmara Mukah. Majlis penangguhan program telah disempurnakan oleh Puan Nolin Gendang, mewakili Residen Bahagian Mukah. Turut hadir ke majlis tersebut Encik Bonnie Manau Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah bersama wakil Pengetua Kem Belia Mukah. Pejabat mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah memberikan kerjasama dan kepercayaan penuh dalam mengelola aktiviti tersebut sehingga ke penghujungnya.
