Mesyuarat Penyelarasan Program Ajakcut Merdeka Run, Malaysia Heritage Run 2026

Mesyuarat Penyelarasan Program Ajakcut Merdeka Run, Malaysia Heritage Run 2026

Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 17 OGOS 2026 – Mesyuarat Penyelarasan Program Ajakcut Merdeka Run, Malaysia Heritage Run 2026 telah diadakan pada 14 Ogos 2026  bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Mukah, Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak (Bahagian Mukah). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Peleadzman Ahip,  Pegawai Daerah Mukah. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah turut dijemput hadir dalam mesyuarat tersebut dan telah dihadiri Encik Bonnie Manau Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah.

Antara agenda mesyuarat ialah Perutusan Pengerusi, Taklimat Program oleh Ajakcut kepada ahli mesyuarat, perbincangan laluan program, tarikh pelaksanaan program, pecahan kategori penyertaan larian, syarat penyertaan serta kerjasama agensi keselamatan dalam menjayakan program yang akan dilaksanakan. Cadangan tarikh pelaksanaan program adalah pada 31 Ogos 2026 dan 16 September 2026 sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-10-2026, 12:00:19

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search