KUNJUNG HORMAT PEJABAT BELIA DAN SUKAN SRI AMAN MEMPERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA RESIDEN BAHAGIAN SRI AMAN

Disediakan oleh: ABG, JBSN Sarawak

SRI AMAN, 14 Ogos 2026 – Delegasi Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman diketuai oleh Encik Abang Syamsulzainuri bin Abang Sapini, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman telah membuat kunjungan hormat kepada Tuan Mahra bin Salleh, Residen Bahagian Sri Aman di Pejabat Residen Bahagian Sri Aman. Turut serta dalam kunjungan hormat tersebut adalah Encik Mohd. Israk Ismail, Pegawai Cawangan Pembangunan Sukan dan Puan Norfazira Saadi dari Cawangan Pembangunan Belia.

Objektif kunjungan hormat ini adalah bertujuan mengukuhkan jalinan kerjasama strategik di antara Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman dan Pejabat Residen Bahagian Sri Aman dalam pelaksanaan program dan aktiviti Belia, Sukan dan Rakan Muda khususnya melibatkan para belia dan penggiat sukan di Bahagian Sri Aman.

Kunjungan hormat ini diharapkan dapat menyediakan lebih banyak peluang kerjasama di antara kedua-dua agensi yang semestinya akan memberikan lebih banyak manfaat kepada para belia setempat dan penggerak sukan akar umbi di Bahagian Sri Aman. Di samping itu, tunjuk ajar dan panduan daripada Tuan Residen akan menjadi panduan dan pemacu kepada agenda pembangunan modal insan di kalangan belia dan komuniti sukan setempat.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 14-08-2026, 17:36:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search