- JBS Sarawak
- Hits: 9
MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM PENGURUSAN ORGANISASI (PPO) PERINGKAT BAHAGIAN SRI AMAN
- JBS Sarawak
- Hits: 9
Disediakan oleh: ABG, JBSN Sarawak
SRI AMAN, 12 Ogos 2026 – Mesyuarat Penyelarasan Program Pengurusan Organisasi (PPO) Peringkat Bahagian Sri Aman telah berlangsung hari ini di Bilik Mesyuarat Gunung Lesung Wisma Persekutuan Fasa 2.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Abang Syamsulzainuri bin Abang Sapini, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman dan dihadiri oleh kepimpinan dan wakil persatuan serta kelab belia di Bahagian Sri Aman, Lubok Antu, Engkelili dan Lingga.
Pembentangan program telah disampaikan oleh Encik Sazali bin Dillah dari Cawangan Pembangunan Belia yang menerangkan berkenaan latar belakang dan objektif pelaksanaan program. Program ini menyasarkan penyertaan belia berumur 15 hingga 30 tahun terutama pemimpin dan ahli persatuan berdaftar bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kepimpinan belia dalam menguruskan organisasi.
Program Pengurusan Organisasi (PPO) Peringkat Bahagian Sri Aman dijadualkan dilaksanakan pada 18 hingga 20 September 2026. Belia yang berminat menyertai program tersebut boleh berhubung dengan Cawangan Pembangunan Belia, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman
