MESYUARAT MAJLIS TINDAKAN MEMBANTERAS DADAH (MTMD) PERINGKAT BAHAGIAN SRI AMAN BIL. 1/2026

Disediakan oleh: ABG, JBSN Sarawak

 

SRI AMAN, 12 Ogos 2026 – Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Bahagian Sri Aman Bil. 1/2026 telah berlangsung hari ini di Bilik Mesyuarat, Pejabat Residen Bahagian Sri Aman.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Frank anak Lani, Timbalan Residen Bahagian Sri Aman dan dihadiri oleh pelbagai Jabatan dan Agensi berkaitan di Bahagian Sri Aman. Encik Abang Syamsulzainuri bin Abang Sapini mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman ke mesyuarat tersebut di mana Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sri Aman, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sri Aman dan IPD Lubok Antu membentangkan laporan berkenaan usaha pencegahan serta aktiviti membanteras dadah di Bahagian Sri Aman.

Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman menyokong penuh agenda dan usaha agensi berkaitan membanteras penyalahgunaan dadah di Bahagian Sri Aman terutama di kalangan belia dan anak muda bagi menzahirkan kesejahteraan komuniti dan masyarakat di Bahagian Sri Aman.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman

 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 14-08-2026, 17:36:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search