- JBS Sarawak
- Hits: 11
LAWATAN RASMI STAWANG DART CLUB
- JBS Sarawak
- Hits: 11
Disediakan oleh :- MII, JBSN Sarawak
SRI AMAN – 11 Ogos 2026 Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman hari ini telah menerima kunjungan rasmi daripada Stawang Dart Club. Lawatan adalah bertujuan untuk menyelesaikan beberapa perkara mengenai Pendaftaran kelab tersebut disamping sesi suai kenal dengan Ketua Pejabat PBSB Sri Aman yang baharu iaitu Encik Abang Syamsulzainuri Bin Abang Sapini.
Deligasi Stawang Dart Club telah diketua oleh Presiden kelab iaitu Encik Abang Saiful bin abang Rosli bersama Ahli Jawatnkuasa tertinggi kelab tersebut. Stawang Dart Club baru sahaja diluluskan pendaftarannya pada 13 julai 2026 di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia.
Dengan tertubuhnya kelab ini, adalah menjadi harapan pihak pejabat agar sukan dart khususnya di Bahagian Sri Aman dapat berkebang dengan maju serta menjadi rakan strategik bagi PBSB Sri Aman dalam Pembangunan sukan diperingkat akar umbi.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman
