SESI DIALOG DAN PEMBANGUNAN KAPASITI BERSAMA AGENSI KERAJAAN SEMPENA SESI LAWATAN PENYELIDIKAN APPGM-SDG BAGI KAWASAN PARLIMEN P.202 SRI AMAN

Disediakan oleh :- MII, JBSN Sarawak

SRI AMAN – 10 Ogos 2026  Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman hari ini telah dijemput dalam satu sesi dialog dan pembangunan kapasiti bersama agensi kerajaan sempena sesi lawatan penyelidikan appgm-sdg bagi kawasan parlimen p.202 sri aman. Sesi mesyuarat berfokus yang bermula jam 9.00 pagi ini telah dipengerusikan oleh Tuan  Mahra Salleh, Residen Bahagian Sri Aman dan dihadiri oleh ketua-ketua dan wakil ketua-ketua jabatan yang terlibat secara langsung dalam penyelidikan tersebut.

Fokus utama dialog tersebut diadakan adalah untuk membentang hasil dapatan penyelidikan dan menjawab segala isu-isu yang telah disuarakan oleh masyarakat di peringkat akar umbi. Selain itu sesi dialog ini juga bertujuan memperkukuh pembangunan komuniti serta menterjemahkan agenda pembangunan mampan di peringkat daerah khususnya di kawasan Parlimen Sri Aman. 

Pada sesi disebelah petang pula, satu Bengkel Pembangunan Kapasiti Matlamat Pembangunan Mampan turut diadakan bagi membincangkan penyelesaian pengutamaan isu dan pembentagan hasil dapatan. PBSB Sri Aman telah diwakili oleh Encik Abang Syamsulzainuri Bin Abang Sapini selaku Ketua Pejabat dan Encik Mohd Israk Ismail.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman

 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 14-08-2026, 17:36:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search