- JBS Sarawak
- Hits: 6
ENCIK MOHD HAFIZUL HELMI DINOBATKAN SEBAGAI PEKERJA TERBAIK BULANAN MEI 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 6
Disediakan oleh: AAC, JBSN Sarawak
LIMBANG, 13 Ogos 2026 – Encik Mohd Hafizul Helmi bin Md Zain, Pembantu Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Limbang, telah menerima Sijil Pekerja Terbaik Bulanan bagi bulan Mei 2026 sebagai penghargaan atas komitmen, dedikasi dan prestasi cemerlang yang ditunjukkan dalam melaksanakan tugasan serta tanggungjawab yang diamanahkan.
Pengiktirafan ini merupakan satu bentuk penghargaan terhadap usaha dan sumbangan beliau dalam membantu memastikan kelancaran pelaksanaan tugas serta penyampaian perkhidmatan di PBSB Limbang.
Semoga pengiktirafan yang diterima ini menjadi pemangkin untuk terus meningkatkan prestasi, mengekalkan kecemerlangan serta menjadi inspirasi kepada warga kerja yang lain.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Encik Mohd Hafizul Helmi bin Md Zain. Semoga terus maju jaya dan mengekalkan kecemerlangan pada masa hadapan
