- JBS Sarawak
- Hits: 5
MPBN LIMBANG - PLATFORM BELIA MENYUARAKAN ASPIRASI DAN IDEA PEMBANGUNAN BELIA
- JBS Sarawak
- Hits: 5
Disediakan oleh: AAC, JBSN Sarawak
LIMBANG, 13 Ogos 2026 – Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) merupakan satu platform yang menghimpunkan golongan belia serta wakil persatuan dan agensi berkaitan bagi membincangkan isu, menyuarakan pandangan serta berkongsi buah fikiran dalam usaha memperkasa dan memperkukuh pembangunan belia di peringkat Bahagian Limbang.
Persidangan MPBN telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Limbang pada 6 Ogos 2026, dengan penyertaan perwakilan daripada pelbagai persatuan dan agensi. Antara perkara yang mendapat perhatian dalam persidangan tersebut ialah isu kesihatan mental dalam kalangan belia yang telah dikongsikan oleh wakil daripada Pejabat Kesihatan Bahagian Limbang, Dr. Nor Atiqah binti Osman.
Perkongsian tersebut memberi pendedahan kepada para perwakilan mengenai kepentingan kesedaran terhadap kesihatan mental, di samping menggalakkan sokongan serta tindakan bersama dalam menangani cabaran yang dihadapi oleh golongan belia.
Encik Rynnille Elsther Peter, Pegawai Belia Dan Sukan PBSB Limbang dalam ucapan beliau menyatakan, semoga penganjuran MPBN ini dapat terus menjadi wadah yang berkesan dalam mengangkat suara belia, memperkukuh kerjasama antara agensi dan pertubuhan, serta menghasilkan pandangan dan cadangan yang dapat menyumbang kepada pembangunan belia yang lebih inklusif dan berdaya tahan.
