- JBS Sarawak
- Hits: 7
KURSUS PERSEDIAAN UMRAH PERKASA ILMU DAN PERSIAPAN KE TANAH SUCI
- JBS Sarawak
- Hits: 7
Disediakan oleh: HWH, JBSN Sarawak
LIMBANG, 10 Ogos 2026 – Pembantu Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Limbang, Puan Aimy Alisha Charlie, telah menghadiri Kursus Persediaan Umrah yang berlangsung di Auditorium RTM Limbang.
Kursus yang dikendalikan oleh Ustaz Haji Taufik bin Haji Khalil ini merupakan satu platform pembelajaran dan persediaan bagi memberikan kefahaman kepada para peserta mengenai aspek penting sebelum melaksanakan ibadah umrah.
Antara pengisian kursus merangkumi persediaan rohani dan fizikal, rukun dan wajib umrah, tatacara pelaksanaan ibadah serta adab dan perkara yang perlu diberi perhatian sepanjang berada di Tanah Suci.
Penyertaan dalam kursus ini diharap dapat meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan keyakinan peserta agar dapat melaksanakan ibadah umrah dengan lebih teratur, tertib dan sempurna. Kursus seumpama ini juga memberi ruang kepada para peserta untuk memperkukuh ilmu serta mempersiapkan diri dari segi mental, fizikal dan spiritual sebelum berangkat ke Tanah Suci.
