Persatuan Sukan Boules Mukah Bakal Ditubuh di Mukah

Persatuan Sukan Boules Mukah Bakal Ditubuh di Mukah

Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 12 OGOS 2026 – Encik Bonnie Manau Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah dan Encik Mohammad Arbi Rosli telah mengadakan perjumpaan bersama Encik Ibrahim Abang Mahamud dan Encik Zume Kaiman pada 11 Ogos 2026 di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah bagi menubuh dan mendaftar Persatuan Sukan Boules Mukah. Persatuan sukan ini ditubuhkan untuk memberi peluang kepada masyarakat terlibat secara aktif dalam mengamalkan gaya hidup aktif di samping menjadi platform untuk membangunkan bakat-bakat baru dalam sukan boules ke peringkat yang lebih tinggi.

Pejabat menyambut baik hasrat dan semangat kuat komuniti untuk menubuhkan Persatuan Sukan Boules di Mukah dan menyokong penuh usaha yang dibuat. Dalam pada itu, Encik Mohammad Arbi turut mengingatkan kelab dan persatuan yang berdaftar agar mematuhi perlembagaan yang telah ditetapkan serta menghantar Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) setiap tahun kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan melalui kaedah atas talian yang disediakan bagi mengelak status tidak aktif atau dibatalkan. Kegagalan kelab atau persatuan sukan menghantar dokumen tersebut menyebabkan syarat kelayakan permohonan bantuan dana yang disediakan kerajaan sukar dipatuhi. Selain itu, status kelab atau persatuan sukan yang tidak aktif melebihi 3 tahun boleh dibatalkan pendaftarannya.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-08-2026, 17:04:15

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search