- JBS Sarawak
- Hits: 14
PROSES PELUPUSAN REKOD JBSN SARAWAK DILAKSANAKAN
- JBS Sarawak
- Hits: 14
Disediakan oleh RJH JBSN Sarawak
KUCHING, 7 Ogos 2026 – Cawangan Pentadbiran dan Perkhidmatan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (JBSN Sarawak) telah memulakan proses pelupusan rekod bermula pada Jumaat, 7 Ogos 2026 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Pelaksanaan ini bertujuan memastikan pengurusan rekod jabatan dilaksanakan secara lebih sistematik, teratur dan mematuhi tatacara pengurusan rekod yang ditetapkan. Proses berkenaan melibatkan semakan, pengasingan serta pelupusan rekod yang telah tamat tempoh penyimpanan dan tidak lagi diperlukan untuk urusan pentadbiran semasa.
Inisiatif ini juga dapat membantu mengoptimumkan ruang penyimpanan, memudahkan pengesanan dokumen penting serta meningkatkan kecekapan pengurusan rekod jabatan. Cawangan Pentadbiran dan Perkhidmatan turut memastikan setiap rekod dikenal pasti dan dikendalikan dengan teliti sebelum proses pelupusan dilaksanakan mengikut prosedur yang berkuat kuasa demi menjaga keselamatan, kerahsiaan dan integriti maklumat jabatan.
#JBSNBersama #TeamJBSN #JBSNSarawak #KBSMalaysia #TeamKBS
